Hidup Kekal
Pembacaan Alkitab Dramatis
Kisah Para Rasul 24
Ayat kunci
Kisah Para Rasul 24
Pada waktu itu aku hanya melafazkan kata-kata yang sama, iaitu, ‘Tentang kebangkitan daripada kematianlah aku didakwa di hadapanmu pada hari ini.’
Ulasan
Tahukah anda apakah tunggak utama kepercayaan orang Kristian yang membezakan agama kita daripda semua agama lain di dunia? Paul menyebut hal beberapa kalidalam pembelaannya di hadapan Ganenor Feliks. Dengar apa yang dikatakannya:
Ayat 15:
Seperti mereka juga, aku berharap kepada Allah bahawa semua orang akandibangkitkan daripada kematian kelak, sama ada orang benar ataupun orang jahat.
Ayat 21
Pada waktu itu aku hanya melafazkan kata-kata yang sama, iaitu, ‘Tentang kebangkitan daripada kematianlah aku didakwa di hadapanmu pada hari ini.”
Apakah perkara itu? Ya, kepercayaan tentang kebangkitan daripada kematian. Itulah yang balik-balik disebut oleh Rasul Paulus. Mengapakah kebangkitan daripada kematian merupakan tunggak utama Rasul Paulus dan secara tidak langsung juga merupakan tunggak kepercayaan kita semua?
Pertama sekali, kebangkitan Tuhan Yesus daripada kematian bukan cerita dongeng tetapi satu fakta dalam sejarah. Ianya adalah peristiwa yang tercatat dalam detik-detik sejarah bukan sahaja dalam literatur orang Kristian tetapi termasuk juga tulisan-tulisan bersejarah seperti ahli sejarah masa Yesus iaitu Josephus. Paulus sendiri bertemu dengan Tuhan Yesus semasa dia dalam perjalanan ke Damsyik. Itulah yang telah mengubahkan arah hidupnya dengan begitu drastik sekali – daripada penaganiaya gereja kepadapelopor gereja yang lantang sekali.
Kedua, jika tidak ada kebangkitan daripada kematian maka tidak ada harapan kita semua. Inilah yang diterangkan oleh Paulus dalam 1 Korintus 15:13-19
Jika tiada kebangkitan selepas mati, maka Kristus juga tidak dibangkitkan. Jika Kristus tidak dibangkitkan, maka sia-sialah perkhabaran kami dan sia-sialah imanmu. Kami juga ternyata sebagai saksi dusta kepada Allah, kerana kami telah membuat kesaksian bahawa Allah telah membangkitkan Kristus, sedangkan Allah tidak membangkitkan-Nya, kalaulah benar tiada kebangkitan selepas mati; kerana jika tiada kebangkitan selepas mati, maka Kristus tidaklah dibangkitkan. Dan jika Kristus tidak dibangkitkan, sia-sialah imanmu; dan kamu masih bergelumang dosa! Orang yang mati dalam Kristus juga tetap binasa. Sekiranya dalam hidup ini sahaja kita mempunyai harapan dalam Kristus, kitalah yang paling malang antara manusia!
Dalam kata lain, jika Yesus tidak bangkit dari kematian, maka dia ditewaskan oleh maut. Tetapi jika Yesus betual-betul bangkit dari kematian, maka kepercayaan bahawa kita juga akan dibangkitkan daripada kematian untuk bersama-sama dengan Yesus selama-lamanya adalah harapan yang pasti –itulah hidup yang kekal yang dijanjikan Allah untuk kita semua yang percaya di dalam Penyelamat yang bangkit daripada kematian dan menewaskan maut. Di dalam bab yang sama dalam 1 Korintus 15, Paulus telah merumuskan Injil dengan kata-kata ini:
Aku telah menyampaikan kepadamu hal-hal utama, yang telah kuterima sendiri: Bahawa Kristus telah mati untuk menebus dosa kita, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci; bahawa Dia telah dikuburkan, dan telah dibangkitkan pada hari yang ketiga, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci; dan bahawa Dia telah memperlihatkan diri-Nya kepada Petrus, kemudian kepada dua belas murid-Nya.Selepas itu, Dia memperlihatkan diri-Nya kepada saudara-saudara kita, lebih daripada lima ratus orang pada satu masa. Kebanyakan mereka masih hidup, dan ada yang sudah meninggal dunia. Seterusnya Dia memperlihatkan diri-Nya kepada Yakobus, kemudian kepada semua rasul-Nya. Akhir sekali Dia telah memperlihatkan diri-Nya kepadaku, yang seperti bayi yangdilahirkan sebelum masa;
Kematian, penguburan dan kebangkitan Yesus adalah tiga elemen Injil yang terpenting. Yesus mati untuk menebus dosa kita. Dia dikuburkan untuk membuktikan bahawa Dia telah benar-benar mati. Tetapi dia bangkit daripada kematian untuk membuktikan bahawa dia telah menewaskan musuh terakhir kita iaitu Maut. Haleluyah!
Bagi Paulus sudah mencukupi dia sebut tentang kebangkitan dalam pembelaannya. Jika Yesus bangkit, maksudnya Yesus telah dikebumikan. Jika Yesus telah dikebumikan maka Dia sudah tentu telah mati. Maka, kebangkitan Tuhan Yesus merangkumi kematian dan penguburan-Nya.
Maka, kita perlu mengikut jejak kaki Rasul Paulus yang memegang kepada pengharapan kebangkitan kita daripada kematian. Itulah janji Yesus kepada kita dan kita tidak perlu takut tentang kematian. Selain itu, kuasa kebangkitan Yesus juga boleh memberi kita kuasa yang sama untuk hidup bagi Tuhan. Kita boleh gunakan kuasa kebangkitan Yesus untuk menjadi sumber pengharapan kita dalam segala pergelutan hidup kita. Kita boleh gunakannya dalam pelayanan kepada orang yang sakit, orang yang miskin, orang yang tiada tujuan hidup dan penuh ketakutan, orang yang dukacita.
Kebangkitan adalah mesej Injil Kristus yang ajaib dan unik. Tiada agama lain yang boleh memberi janji ini. Tiada pengasas agama lain yang pernah menunjukkan kuasanya ke atas Maut. Oleh kerana ini kita boleh pegang kepada pengharapan ini dengan sukacita dan berdiri bersama-sama Rasul Paulus dalam kepercayaan ini.
Doa Untuk Hari Ini
Lagu Rohani
Sebab Dia Hidup – Lagu Kidung Jemaat
0 Comments on "Hidup Kekal"