Cahaya Kristus

Cahaya Kristus

Pembacaan Alkitab Dramatis

Kisah Para Rasul 26:1-32

Ayat kunci

“Aku akan menyelamatkanmu daripada orang Yahudi dan bangsa lain juga. Aku akan mengutusmu kepapda mereka, untuk mencelikkan mata mereka dan membawa mereka daripad kegelapan kepada cahaya, daripada kausa iblis kepada kuasa Allah.Dengan demikiah mereka akan menerima pengampunan dosa dan tempat antara orang yang disucikan oleh iman kepada-Ku.” (26:17-18)

Ulasan

Beberapa bulan yang lalu, keluarga saya bersempat mengunjungi Gua Niah di Sarawak. Ketika kami menjejak kaki, langkah demi langkah ke dalam gua itu, cahaya terang yang menembusi gua itu menjadi semakin gelap sampai kami tidak dapat nampak apa-apa pun di depan kami. Pada waktu itu, ketiga-tiga anak saya mula takut untuk berjalan ke dalam gua yang begitu gelap gelita itu. Tetapi sebaik sahaja kami menyalakan lampu suluh, ketakutan itu mereda dan mereka dapat meneruskan penerokaan gua itu.

Keadaan kita tanpa Yesus dalam kehidupan kita semacam itu. Dalam ucapan pembelaannya di depan raja Agripa, Paulus menceritakan pengalamannya sebagai seorang Farisi yang “mengambil pelbagai tindakan terhadap nama Yesus orang Nazaret itu (ayat 9). Dia “memenjarakan ramai orang yang salih”, “menyeksa mereka dalam usaha untuk memaksa mereka berpaling daripada iman”. Dia membuat demikian bukan kerana dia bersikap zalim. Paulus dan orang Farisi “berharap akan janji Allah kepada nenek moyang kami.” Mereka “tekun menyembah Allah siang dan malam” kerana mereka berharap itu akan mencapai janjian Tuhan akan mereka, iaitu kedatangan satu raja dari keturunan Daud yang memulihkan kerajaan Israel. Tetapi seperti yang dikatakan oleh nabi Yesaya dalam 9:2,

merekalah “bangsa yang berjalan dalam kegelapan …

mereka yang tinggal di negeri yang di bawah bayangan maut”, Paulus dan rakan-rakannya tidak memahami bahawa rencana Tuhan sekarang sudah dicapai oleh Yesus Kristus. Mereka memburu, menyeksa, dan membunuh ramai orang Kristian kerana mereka masih tinggal dalam kegelapan. Mereka tidak sanggup memahami rencana Tuhan.

Yesus ialah cahaya dari Tuhan yang gemilang dan bersinar. Yesuslah yang “menjadi perjanjian bagi umat manusia dan cahaya bagi bangsa-bangsa, untuk mencelikkan mata orang buta, untuk mengeluarkan orang tahanan dari kurungan, dan orang yang duduk dalam kegelapan dari penjara” menurut janjian Tuhan yang difirmankan di Yesaya 42:6-7. Dalam perjalanan Paulus ke Damsyik, pertemuannya dengan Yesus yang bangkit dari kuburmenjadi satu pengalaman transformasi yang menjadikan Paulus berpaling dari hidup dalam kegelapan kepada hidup dalam cahaya Tuhan. Dia diutus untuk menjadi alat Tuhan demi mencelikkan mata orang Yahudi dan bangsa lain, agar mereka dipindahkan dari kuasa iblis ke kuasa Allah. Semoga kehidupan kita juga akan menjadi seperti Paulus yang dipergunakan oleh Allah untuk melanjutkan penyebaran Injil sampai ke hujung bumi.

Doa Untuk Hari Ini

” BAPA KAMI, TOLONGLAH KAMI AGAR KAMI DAPAT MENJADI ALAT YANG BERGUNA DALAM TANGAN-MU. BANTULAH KAMI MENELITI KEGELAPAN YANG BERADA DALAM ORANG DI SEKELILING KAMI YANG TIADA CAHAYA-MU SERTA HADIRAT-MU. BANTULAH KAMI MENJADI ALAT BERKUASA YANG BERTRANSFORMASI AGAR MEREKA DAPAT MENERIMA KUASA CAHAYA YESUS DAN KEHIDUPAN-NYA SUPAYA MEREKA TIDAK AKAN HIDUP DALAM KEGELAPAN. PERKASAKANLAH KAMI MELALUI ROH-MU AGAR KAMI DAPAT MENJADI GENERASI YANG MEMBAWA CAHAYA-MU DALAM NAMA YESUS. “

Share: