Kita Penyampai Berita Baik

Pembacaan Alkitab Dramatis

Kisah Para Rasul 28:1-31

Ayat kunci

Paulus tinggal selama dua tahun di rumah yang disewanya sendiri. Dia menyambut semua yang mengunjunginya dan menyampaikan ajaran tentang kerajaan Allah serta Tuhan Yesus Kristus dengan berani dan bebas, tiada siapa yang menghalangnya.(28:30-31)

Ulasan

Keluarga kami suka meluangkan masa berjalan dan mengembara di taman atau di hutan. Ada suatu waktu kami menjejak sebuah bukit di Kota Kinabalu and mencubalaluan yang baru. Kami tidak jangka laluan itu sangat cerun dan susah untuk berjalan. Setelah sekitar dua jam kemudian menjejaki di situ, kami masih belum sampai ke penghabisan jalan itu. Anak sulung saya risau kami sesak jalan. Tetapi kami tidak berputus asa dan bertekun sampai ke penghujung jalan itu. Setelah beberapa minit lagi, kami amat bergembira bila ternampak penghabisan jalan itu!Alangkah kecewanya jika kami terus berjalan dan tidak menemui penghabisan jalan itu.

KPR bab 28 menceritakan penghabisan perjalanan Paulus di kota Roma. Setelah mengalami and mengatasi banyak halangan dalam perjalanannya, dia tiba di Roma, dimana dia menyampaikan Injil Tuhan kepada orang Yuhani and orang asing. Namun begitu, KPR 28 bukan sahaja kisah penghabisan tentang hidup Paulus, ketibaannyadi Roma and usahanya demi menyampaikan “ajaran tentang kerajaan Tuhan”. Ini bererti kisah KPR masih lagi berterusan ke generasi kita kerana sekarang orang Kristian macam kita menjadi sebahagian daripada kisah Tuhan yang berencana demi membawa Berita Baik-Nya ke hujung bumi.Ini memang sepadan tema buku ini di 1:8

“Tetapi kamu akan menerima kuasa apabila Roh Kudus datang ke atasmu; dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi.”

Penghujung KPR bab 28 bukan bererti pemberitaan Injil Tuhan sudah berakhir. Dalam bab ini, kita memerhati bagaimana Paulus membawa Injil Tuhan ke pelbagai kaum yang berada di Pulau Malta. Di sana kita melihat pertemuan kuasa Allah dengan kaum orang bumiputra di Malta. Mereka bersempat mengetahui apakah itu kerajaan Allah dan Berita Baik tentang Yesus Kristus kerana kapal yang Paulus naik ke Roma terhempas. Namun, Paulus masih rela menjadi banduan askar-askar Roma yang mengakibatkan peluang kepadanya demi mengkhabarkan ajaran Tuhan ke Roma di mana mana orang Yuhani, para raja makai Kaiser, dan para askar Roma akan mendengar kisah tentang Tuhan. Justeru itu, kehidupan kita memang juga sejajar dengan kisah Paulus di situ di mana kita juga termasuk dalam rencana dan kisah Tuhan untuk mengkhabarkan Berita Baik-Nya ke dunia ini. Macam Paulus, Tuhan juga telah mengutus kita demi menbawa Injil-Nya sampai ke hujung bumi, termasuk di mana-mana sahaja kita berada. Tidak kira kita bekerja sebagai seorang profesional atau suri rumah, kita melayan di gereja atau pundi tempat kerja kita. Kita adalah pembawa berita baik, supaya suara kita tersebar ke serata bumi, dan kata-kata kita akan sampai ke hujung dunia(Roma 10:18).Di mana kita berada hari ini, di situlah kehidupan kita sebagai alat penyebaran berita baik Tuhan.

Doa Untuk Hari Ini

“Tuhan Bapa, kuatkanlah jiwa aku dengan Roh Kudus-Mu. Isikanlah aku dengan kehadiran-Mu di mana-mana saja aku berada. Jadikanlah seluruh hidupku sebagai alat-Mu, agar jua kebaikkan yang ternampak di dalam hidupku akan mengagungkan namu-Mudan membawa kemuliaan kepada-Mu. Buatkanlahnya agar Berita Baik Yesus akan disebarkan bukan cuma dengan mulut, tetapi sekali dengan hidupku”.

Share: