Tinjauan: Keadaan Rohani Pemuda Pemudi Di Sabah

Tinjauan: Keadaan Rohani Pemuda Pemudi Di Sabah

Satu tinjauan telah dilaksanakan oleh Sabah Interdenominational Education Committee (SiEC), sebuah jawatankuasa yang berfungsi di bawah naungan Majlis Gereja-Gereja Sabah dan COSA. Ia bertujuan membantu gereja-gereja dan SiEC dalam menangani isu-isu sosial dan rohani di kalangan pemuda pemudi.

Tinjauan ini bermula pada 24 November 2020 dan berakhir pada 13 Januari 2021.

Walaupun tidak ada maklumat peribadi diberikan dalam tinjauan ini, semua data yang dikumpulkan akan diguna dengan cermat dan bertanggungjawab.

Kriteria untuk tinjauan ini adalah khas untuk orang yang (1) dilahirkan di negeri Sabah, atau (2) bermastautin di Sabah lebih dari 10 tahun, (3) berumur di antara 13 ke 30 tahun (4) beragama Kristian/Katolik


Berikut adalah demografi responden-responden:

Golongan dari denominasi SIB (41.6%) dan Katolik (31.9%) merupakan responden yang paling banyak untuk tinjauan ini. Responden-responden yang mengisi tinjauan ini adalah daripada denominasi berikut:

  • SIB (41.6%)
  • Katolik (31.9%)
  • PCS (13.8%)
  • Anglikan (3.7%)
  • Calvary Charismatic (1.9%)
  • Basel (1.6%)
  • SDA (1.4%)
  • Lain-lain (4.1%)

Aktiviti-aktiviti Kerohanian:

1. Gereja

96.7% responden berasa adalah penting dan sangat penting untuk menghadiri gereja

Berikut merupakan kehadiran gereja muda-mudi:

  • 13.9% hadir gereja lebih daripada dua kali seminggu
  • 52.6% hadir gereja satu kali seminggu
  • 14.8% hadir gereja sekurang-kurangnya dua kali sebulan
  • 18.7% hadir gereja sekali sebulan atau kurang daripada itu

58% daripada responden kerap melayani di gereja mereka

Muda mudi menganggap gereja pada hari ini:

  • Selalu berdoa (88.7%)
  • Relevan (85.7%)
  • Ketulusan (85.7%)
  • Mesra (85%)
  • Membantu orang miskin (82.4%)
  • Bersatu (78%)

Apabila ditanya tentang perasaan mereka apabila menghadiri gereja, perasaan positif seperti seronok, bersemangat mendapat peratusan yang tertinggi (57.3% dan 68.5%). Perasaan biasa sahaja mendapat 23.1% manakala persaan negatif seperti membosankan, tidak memahami, tertekan dan terpaksa – semuanya 3% ke bawah.

Daripada mereka yang telah meninggalkan kampung halaman dan menginap di tempat yang lain, 71.6% berkata mereka masih menghadiri gereja di tempat yang baru. Namun terdapat 11.4% (1 daripada 10) yang tidak menghadiri gereja atas sebab-sebab tertentu.

2. Membaca Al-kitab secara peribadi

93.8% responden berkata membaca Alkitab secara peribadi adalah satu aktiviti kerohanian yang penting.

Akan tetapi, 3 daripada 10 (30.6%) orang berkata mereka membaca Alkitab dengan kerap. 4 daripada 10 (41.1%) hanya membaca kadangkala manakala hampir 3 daripada 10 (28.3%) berkata mereka jarang membaca Alkitab secara peribadi.

3. Berdoa bersendirian

97.9% responden berkata berdoa secara peribadi adalah satu aktiviti kerohanian yang penting.

Akan tetapi, lebih 6 daripada 10 (64.3%) orang berkata mereka berdoa bersendirian dengan kerap. Kurang daripada 3 daripada 10 (26.9%) hanya berdoa kadangkala manakala kurang dari 1 daripada 10 (8.9%) berkata mereka jarang berdoa.

4. Memberi persepuluhan

85.7% responden berasa pemberian persepuluhan adalah satu aktiviti kerohanian yang penting.

Namun begitu, hanya 4 daripada 10 (40.9%) daripada mereka kerap memberi persepuluhan manakala 3 daripada 10 (33.6%) memberi kadangkala. Baki 2 daripiada 10 (23.3%) jarang atau tidak memberi persepuluhan.

5. Menginjil

85% responden berkata penginjilan adalah satu aktiviti kerohanian yang penting.

Namun begitu, hanya 15.3% orang berkata mereka menginjil dengan kerap. 32.6% menginjil kadangkala manakala setengah daripada responden (51%) berkata mereka jarang menginjil.

Siapakah Yesus?

Kebanyakan responden percaya bahawa Yesus adalah:

  • Penyelamat (78.7%)
  • Allah (64.9%)
  • Anak Allah (59%)
  • Seorang sahabat peribadi mereka (55.4%)
  • Guru (41.1%)
  • Nabi (11.9%)

Hanya segelintir daripada mereka fikir bahawa Yesus adalah seorang peribadi sejarah (7.7%) dan peribadi dongeng dan seorang manusia sahaja (kurang dari 1%)

Pendirian Rohani

Apabila ditanya samada mereka akan bertukar agama jika mereka:

  • jatuh cinta (1)
  • apabila ibubapa bertukar agama (2)
  • diberikan ganjaran (3)
  • ingin memeluk agama lain (4)
  • masalah dalam gereja (5)
  • paksaan (6)
  • penganiayaan (7)

Hampir semua daripada mereka berkata mereka TIDAK akan bertukar agama. Hanya 6% berkata mereka mungkin akan bertukar agama jika ibubapa mereka bertukar agama

Destinasi selepas kematian

7 daripada 10 berkata mereka akan ke syurga selepas mati. Hampir 3 daripada 10 (29.1%) berkata mereka tidak yakin atau tidak tahu ke mana mereka akan pergi selepas meninggal dunia.

Cadangan

Hasil daripada tinjauan tersebut, pihak SiEC ingin memberi cadangan berikut:

  • Gereja perlu menangani isu ketidakpastian dan ketidak-yakinkan di kalangan muda-mudi mengenai destinasi mereka selepas kematian. Jalankan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu muda-mudi menerima kepastian akan destinasi mereka selepas kematian.
  • Muda mudi di Sabah perlu diperlengkapi untuk menginjil dan menjawab soalan-soalan yang ditujukan kepada mereka mengenai kepercayaan Kristian.
  • Gereja perlu memupuk keinginan membaca Alkitab di kalangan muda mudi serta menekankan teknik-teknik pembacaan dan pembelajaran Alkitab kepada mereka.

dikemaskini pada: 27 Februari 2021