Kemarahan Picture
March 18, 2020 Renungan 0 Comments

Kawal Kemarahan Kamu

Pembacaan Alkitab Dramatis

Galatia 1:1-24

Ayat Kunci

Galatia 1:9 – “Sebagaimana aku sudah berkata dahulu, sekarang kukatakan lagi: Jika sesiapa mengkhabarkan Injil kepadamu lain daripada yang telah kamu terima, terlaknatlah orang itu!”

Ulasan

Kebanyakan orang yang sudah kahwin apabila ditanya mengapa mereka kahwin dengan pasangan mereka akan memberi alasan bahawa mereka mengasihi dia. Jika ditanya selanjutnya mengapa mereka mengasihi pasangannya mereka akan memberi pelbagai alasan yang menyenangkan kepada diri mereka sendiri seperti, “Saya rasa dia adalah orang yang cantik / tampan,” “Dia boleh membantu saya dalam pelayanan,” “Dia boleh menjaga dan menyokong saya.” Apakah pola yang dapat diperhatikan dalam alasan-alasan ini? Yang ketara sekali ialah kasih mereka ini adalah berpusat kendiri; iaitu kasih mereka tertumpu kepada apa yang orang lain boleh berikan kepadanya. Ini tidak salah sekali tetapi kasih yang begini bukan apa yang dimaksudkan dalam Alkitab, khususnya dalam petikan kita hari ini. 

Pernahkah anda rasa begitu meradang terhadap seorang sehingga anda menengkingnya dengan marah? Semasa saya seorang guru yang muda saya masih ingat seorang murid yang begitu biadap sehingga saya menjadi sangat marah di dalam kelas. Saya menengking dia dengan keras, keluar dari kelas dan tutup pintu dengan kuat sekali! Tetapi selepas itu saya rasa begitu menyesal kerana hilang kawalan saya di depan murid-murid yang lain. Itu bukan suatu tindakan yang baik. Perasaan marah itu bukan dosa tetapi tindakan saya bukanlah yang terbaik. 

Rasul Paulus sendiri ada perasaan marah dan kecewa yang sangat mendalam sehingga dia menulis satu surat yang meluahkan perasaannya. Galatialah surat itu. Ketara sekali perasaan Paulus apabila pada awal suratnya dia telah menegur jemaah di Galatia dan menyumpah orang yang menyesatkan mereka dengan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Injil Kristus dalam ayat 6-9. Dengarlah apa yang dia telah menulis:

Kebanyakan orang yang sudah kahwin apabila ditanya mengapa mereka kahwin dengan pasangan mereka akan memberi alasan bahawa mereka mengasihi dia. Jika ditanya selanjutnya mengapa mereka mengasihi pasangannya mereka akan memberi pelbagai alasan yang menyenangkan kepada diri mereka sendiri seperti, “Saya rasa dia adalah orang yang cantik / tampan,” “Dia boleh membantu saya dalam pelayanan,” “Dia boleh menjaga dan menyokong saya.” Apakah pola yang dapat diperhatikan dalam alasan-alasan ini? Yang ketara sekali ialah kasih mereka ini adalah berpusat kendiri; iaitu kasih mereka tertumpu kepada apa yang orang lain boleh berikan kepadanya. Ini tidak salah sekali tetapi kasih yang begini bukan apa yang dimaksudkan dalam Alkitab, khususnya dalam petikan kita hari ini. 

Dengar sekali lagi bagaimana ayat 4-7 menjelaskan kasih Alkitabiah yang bukan berpusat kepada diri sendiri tetapi kepada orang lain: 

Aku hairan bahawa kamu telah berpaling begitu cepat daripada Dia yang telah memanggilmu dalam kasih kurnia Kristus, kepada suatu injil lain – yang bukannya Injil. Tetapi ada orang yang mengacau kamu dan hendak memesongkan Injil Kristus. Tetapi jika kami atau malaikat dari syurga sekalipun kelak mengkhabarkan suatu injil yang lain daripada Injil yang telah kami khabarkan kepadamu, maka terlaknatlah orang itu! Sebagaimana aku sudah berkata dahulu, sekarang kukatakan lagi: Jika sesiapa mengkhabarkan Injil kepadamu lain daripada yang telah kamu terima, terlaknatlah orang itu!

Saya dapat rasa darah Paulus meningkat apabila dia menulis ayat-ayat ini sehingga dia mula menyumpah! Apakah yang menyebabkan Paulus begitu meradang? Adakah ini salah dan berdosa?

Paulus begitu marah apabila jemaah di Galatia yang dia sendiri menginjili tiba-tiba berpaling daripada Injil yang dia khabarkan dan mempercayai orang yang memesongkan mereka dengan injil yang palsu. Dalam kata lain, mereka menerima kewibawaan orang lain sebagai rasul tetapi menolak kewibaannya sebagai rasul. Kita akan memahami lebih banyak tentang injil yang palsu ini dalam bab-bab yang menyusul tetapi cukuplah semasa ini untuk kita sedar bahawa jemaah di Galatia hampir tersesat sehingga menjadi jahanam. 

Oleh sebab itu, perasaannya sebagai bapa rohani kepada jemaah di Galatia telah dibangkitkan. Dia begitu kecewa dan khuatir dia akan kehilangan anak-anak rohaninya. Sebagai bapa rohani, dia ingin menyelamatkan mereka dan melindungi mereka. Itulah yang menyebabkannya menulis surat ini dengan kata-kata yang begitu keras. 

Namun begitu, saya fikir Paulus masih dapat mengawal diri sendiri. Dia masih boleh berfikir dengan waras dan rasional apabila dia berhujah dengan mereka melalui surat ini. Dia dapat menerangkan bahawa Injil yang dia terima adalah wahyu daripada Yesus Kristus dan bukan ciptaannya sendiri. Dia dapat membuktikan kedudukannya sebagai seorang rasul kepada mereka dengan merujuk kepada penerimaan wahyu yang terus daripada Yesus (dalam ayat 12), kehidupannya yang salih (dalam ayat 13-14), pengalamannya diubah dengan dramatis dan luar biasa (dalam ayat 15-16) dan pelayanannya yang telah diiktiraf oleh rasul-rasul yang lain (dalam ayat 18-19). Ini menujukkan Paulus masih dapat mengawal diri sendiri walaupun dia berasa marah sekali. 

Bagaimanakah kita dapat menangani keadaan yang membuat kita menjadi marah sama seperti Paulus? Efesus 4:26 memberitahu kita:

“Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa.” Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam”. 

Perasaan marah itu adalah salah suatu perasaan yang semula jadi dan ianya bukan suatu dosa terutama sekali apabila berlaku ketidakadilan atau sesuatu yang mengancam keselamatan orang yang kita kasihi. Perasaan marah menjadikan kita lebih peka dan bersedia untuk mengambil tindakan. 

Tetapi dosa boleh berlaku apabila kita melakukan sesuatu yang tidak baik dan mencederakan orang lain sama ada di hati atau pun secara fizikal kerana kemarahan kita. Oleh sebab itu, ayat ini menasihatkan kita walaupun kita marah, janganlah sampai melakukan dosa. 

Maka, apabila kita menjadi marah, pertama sekali, jangan mengambil tindakan serta merta kerana biasanya tindakan itu adalah salah atau ianya akan dilakukan dengan sikap yang salah. Kita mungkin keluarkan kata-kata yang menyakitkan orang lain atau yang keterlaluan. Jadi, lebih baik biarkan kemarahan itu reda sedikit sebelum kita buka mulut kita atau ambil apa-apa tindakan. 

Sebenarnya, ini boleh dilakukan oleh semua orang. Bayangkan apabila kita sedang meradang dan memarahi seseorang dengan suara yang keras tetapi di tengah-tengah itu telefon kita berbunyi. Apabila di sambut telefon itu, kita dapati orang yang menelefon ialah boss kita. Terus kita boleh jawab dengan suara yang lembut, kan? Ini membuktikan bahawa kita semua boleh mengawal diri walau pun di tengah-tengah kemarahan yang amat sangat. Jangan pakai alasan bahawa kita tidak boleh mengawal diri. Berdoalah terus kepada Allah dan minta Roh Kudus memberi bantuan dengan memberi kasih untuk memaafkan. 

Perkara yang kedua yang dikatakan dalam ayat ini ialah jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam. Ini bermaksud kita mesti maafkan dengan secepat mungkin dan lepaskan perasaan yang negatif. Ini ialah kerana kemarahan dan ketidakmaafan itu sebenarnya menyeksa diri kita sendiri. Lebih-lebih lagi, semakin lama kita pegang keopada kemarahan kita, semakin sukar untuk meredakannya. Oleh sebab itu, redakan kemarahan itu dan baru buat keputusan apa yang hendak dikatakan atau dilakukan. 

Apakah anda menghadapi keadaan yang menyebabkan anda marah sekarang? Ambillah langkah-langkah yang disarankan oleh Alkitab ini. 

Doa Untuk Hari Ini

“Mari kita berdoa, “Tuhan, Allah Bapa kami di syurga, terpujilah nama-Mu. Kami ingin berdoa supaya Bapa akan membantu kami menghadapi situasi yang membuat kami marah. Bantulah kami supaya tidak bertindak dengan melakukan dosa tetapi neutralkan kemarahan kami dengan kasih-Mu. Berilah kami petunjuk bagaimana menangani situasi itu sama seperti Engkau memberi petunjuk kepada Rasul Paulus semasa dia menghadapi situasi yang sangat menyakitkan hatinya dengan jemaah di Galatia. Kami berdoa ini dalam nama Tuhan Yesus. Amin.”

Lagu Rohani

Share: