Sahutlah Panggilanmu

Sahutlah Panggilanmu

Pembacaan Alkitab Dramatis

Kisah Para Rasul 27:1-44

Ayat kunci

Sekarang aku berkata kepada saudara-saudara, tabahkanlah hati masing-masing, kerana seorang pun tidak akan kehilangan hidup, hanya kapal ini tidak dapat diselamatkan…. Malaikat itu berkata, “Paulus, jangan takut. Engkau pasti akan berdiri di hadapan Kaisar. Semua yang belayar bersamamu akan diselamatkan juga sebagai kurnia Allah kepadamu”(27:22, 24)

Ulasan

Kapal misi ini sedang menghala ke destinasi kami ke negara Papua Guinea Baru. Sudah beberapa bulan kami belayar di kapal inimenuju ke arah timur, dari pengakalan permulaan kami di Sabah. Setakat ini kami masih belayar dengan lancar. Kami menjangka ketibaan kapal ini akan sampai ke destinasi tanpa masalah! Tiba-tiba, kami terdengar suatu bunyi yang kuat! KRAAKK!!! Kapal kami terlanggar batukarang! Kami berasa cemas dan perasaan itu juga merebak di seluruh kapal yang berjumlah sekitar 170 orang. Adakah kami akan mati sekarang? Tetapi, dengan segera, kakitangankapal bertindak untuk menanganisituasi itu. Dalam waktu seminit, syukurlah kaptenberjaya mengatasi masalah itu!

Walaupun kapal kami dapat melepasi batu karang itu, kipásnya kena rosak. Destinasi yang kami menuju pada permulaan rencana kami sekarang terhapus akibat kemalangan ini. Maka kapal kami terpaksa melencong ke destinasi yang lain untuk membaiki kipás itu. Situasi ini memaksa kapten kapal memandu kami ke suatu pengkalan di negara Filipina. Tempoh masa yang biasanya akan mengambil 3 hari untuk sampai ke Filipina sekarang memakan masa 18 hari. Namun, kami bersyukur kapal kami dapat tiba di situ setelah berada di lautan Pasifik selama tempoh masa yang panjang itu.

Semasa kapal kami dibaiki di pengkalan Filipina, dari laporan yang diberitakan kepada kami, tersedarlah bahwa kapal itu mempunyai satu lubang di tepi badannya di mana ia terlanggar batu karang. Tetapi apa yang mengejutkan kami ialah krew yang membaiki kapal kami terjumpa seekor ikan yang tersekat di lubang itu! Saiz ikan yang tersekat itu muat betul-betul ke dalam lubang kapal di mana air tidak dapat masuk ke dalam kapal kami! Ikan itu menyelamatkan nyawa sekitar 170 orang di kapal itu!

Dalam KPR bab 27, Lucas menceritakan dengan teliti kesusahanan kebahayaan pelayaran Paulus ke Roma dengan teliti. Pelayaran yang menuju arah barat ke Roma melalui Laut Mediterranean bukan satu pelayaran yang mudah. Biasanya kalau pelayaran menujui arah timur, ia mengambil masa 10-15 hari tetapi pelayaran ke arah barat,sehingga 50 ke 70 hari. Lebih-lebih lagi kapal Paulus mula belayar dekat musim dingin, yang mencabari keselamatan semua penumpang di kapalitu. Semasa kapal mereka bergerak bertentangan dengan arah tuipan angina Laut Mediterranean, kapal itu dihantam oleh ribut kuat sehingga muatan kapal dibuang ke laut. Kapal itu juga terlanggar busung pasir, lalu terkandas dan tidak dapat bergerak. Nyawa semua para penumpang kapal beberapa dalam bahaya di laut di samping mengalami kebuluran.Tetapi tiada seorang pun kehilangan hidup, kerana kurnia Tuhan bersama-sama dengan Paulus dalam situasi itu. Rencana Tuhan ialah bagi Paulus untuk memberitakan Injil-Nya di depan Kaiser. Walaupun nyawa mereka terancam, Tuhan tetap akan melindungi setiap orang dan memberi kekuatan dan pertolongan untuk mengatasi semua rintangan dan ancaman yang dihadapi oleh Paulus dan semua orang di kapal itu.

Suatu hari, mungkin kita akan menghadapi masalah yang sangat mencabar. Mungkin ada kesakitan yang mengancam nyawa kita. Mungkin kita mengalami kemalangan. Mungkin cabaran itulah bagaimana menyara keluarga kita. Tuhan tahu semua ini, and Dia akan memberi kekuatan dan sokongan-Nyauntuk mengatasi kesemua halangan itu. Semoga kedaulatan dan kesetiaan Tuhan terus mengukuhkan iman dan kehidupan kita.

Doa Untuk Hari Ini

“Tuhan bapaku, arahkanlah rencana-Mu dalam hidupku agar aku akan menjadi alat Injil-Mu. Bila saya menghadapi cabaran, berikanlah kekuatan-Mu supaya aku dapat terus setia kepada-Mu dalam hidupku. Bila menghadapi halangan yang mengancam hidupku, lindungilah ku di bawah bayang-bayang Maha Kuasa-Mu.”

Share: