Classic Blog

August 23, 2022 News 0 Comments

JOHAN

Pertandingan Video Kreatif Persatuan Pelajar Kristian (PPK) Peringkat Negeri Sabah, Anjuran Sabah Interdenominational Education Committee (SiEC) di bawah naungan Majlis Gereja-Gereja Sabah (MGG) dan COSA. Tahniah kepada kumpulan Christ’s Crusaders daripada SM St. Peter Telipok, Kota Kinabalu. Terus berkarya untuk Tuhan kita Yesus Kristus! Tuhan memberkati!

Read more
August 5, 2022 Renungan, Roma 0 Comments

Kita Satu Dalam Mesias Yesus

Pembacaan Alkitab Dramatis Roma 11:1-36 Ayat kunci Roma 11:20 Memang benar. Oleh sebab tidak beriman, cabang-cabang itu dipatahkan, dan kamu dapat berada di situ kerana iman! Janganlah angkuh; sebaliknya takutlah. Ulasan Keangkuhan adalah seperti mulut yang berbau busuk –orang lain tahu akannya kecuali orang itu sendiri! Maka, apabila Paulus mengatakan dalam ayat 20, “Janganlah angkuh; sebaliknya takutlah,” dia bermaksud kita semua. Sebagai orang Kristian kita mungkin terjerat dalam lubang besar keangkuhan. Sedarilah dan jangan terus bermegah. Dalam bab ini, Paulus membincangkan sikap keangkuhan orang Kristian

Read more
Allah Adalah Penyelesaian Untuk Jalan Buntuh Mu
July 13, 2022 Renungan, Roma 0 Comments

Allah Adalah Penyelesaian Untuk Jalan Buntuh Mu

Pembacaan Alkitab Dramatis: Roma 10:1-21 Ayat kunci: Roma10:13 Kerana “Sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.” Ulasan: Seorang budak kecil begitu gembira apabila dia menerima sebuah model kapal terbang untuk hari jadinya. Namun begitu, model kapal terbang itu perlu dipasang sendiri. Maka, budak itu terus mula memasang model kapal terbang itu dengan sendiri. Bapanya memerhati dari jauh anaknya yang berusaha dengan gigih tanpa menghulurkan bantuannya oleh kerana dia mahu anaknya belajar berdikari. Tetapi arahan untuk memasang model itu terlalu kompleks dan rumit untuk budak itu.

Read more
June 30, 2022 Renungan, Roma 0 Comments

Beban Terhadap Bangsamu

Pembacaan Alkitab Dramatis Roma 9:1-33 Ayat kunci Roma 9:2-4 Aku teramat sedih dan gundah dalam hatiku. Kerana aku rela terkutuk dan terpisah daripada Kristus untuk kepentingan saudara-saudara sebangsaku. Mereka itu orang Israel. Untuk mereka pengangkatan sebagai anak Allah; untuk mereka kemuliaan ilahi; perjanjian-perjanjian; penerimaan hukum, ibadat di Bait Suci, dan janji-janji. Ulasan Apabila saya tinggal di luar negara semasa belajar, saya tidak pernah rasa seperti negara itu adalah tempat tinggal saya. Setelah melawat beberapa gereja, akhirnya kami menetap di sebuah gereja yang mempunyai sebilangan orang

Read more