Classic Blog

April 7, 2022 Renungan, Roma 0 Comments

Adakah manusia sebelum zaman Yesus Kristus selamat?

Pembacaan Alkitab Dramatis Roma 2: 1-29 Ayat kunci Roma 2: 11 Allah tidak menghakimi berat sebelah. Ulasan Saya pernah dihakimi seorang pemimpin gereja secara berat sebelah. Oleh kerana syarat yang dikenakan tidak mungkin dapat dipenuhi, saya dan isteri saya membuat keputusan untuk meninggalkan gereja itu dalam masa 24 jam dan kembali ke gereja asal kami untuk mengelakkan gereja itu retak. Selepas kami tinggalkan gereja itu, pengumuman telah dibuat secara berat sebelah tentang kami secara umum kepada jemaah dan beberapa kawan kami melaporkan tentang hal itu.

Read more
April 4, 2022 Renungan, Roma 0 Comments

Tuhan mendidik

Pembacaan Alkitab Dramatis Roma 1:1-32 Ayat kunci Roma 1:18-19 18 Kemurkaan Allah ternyata dari syurga terhadap segala kefasiqan dan kedurjanaan yang dilakukan oleh manusia, yang menyembunyikan kebenaran dengan kedurjanaan, 19 kerana segala yang mungkin diketahui oleh manusia tentang Allah telah nyata bagi mereka; Allah sendiri telah menyatakannya kepada mereka. Ulasan Seorang ibu sedang masak di dalam dapur. Anaknya yang kecil juga berada di sana memerhatikan apa yang dibuat oleh ibunya. Oleh sebab ibu itu sedang masak dengan menggunakan api, dia memberi amaran kepada anaknya supaya

Read more
March 31, 2022 Galatia, Renungan 0 Comments

Menuai Semaian Memerlukan Kesabaran

Pembacaan Alkitab Dramatis Galatia 6:1-18 Ayat kunci Galatia 7 Janganlah tertipu: Allah tidak dapat dipermainkan, kerana apa yang disemai oleh seseorang, itulah yang akan dituainya. 8 Orang yang menyemai bagi hawa nafsu manusia akan menuai kebinasaan daripadanya; manakala orang yang menyemai bagi Roh akan menuai hidup yang kekal. 9 Janganlah kita jemu berbuat baik, kerana pada musimnya nanti kita akan menuai jika kita tidak berputus asa. Ulasan Pernahkah anda menyemai biji pokok di dalam tanah? Adakah anda keluar keesokan harinya dan cuba memetik buahnya? Atau

Read more
CF 101 WEBINAR
March 30, 2022 News 0 Comments

CF 101 WEBINAR

Shallom,Scripture Union Peninsular Malaysia (SUPM) akan mengadakan CF 101 Webinar kerjasama dengan Sabah Interdenominational Education Committee (SiEC). Webinar ini terbuka kepada guru-guru Kristian Sekolah Rendah. Kami sangat mengalu-alukan guru-guru menyertai webinar ini. Jom daftar sekarang dengan klik link yang diberikan. Webinar ini adalah bertujuan untuk membantu guru-guru dalam menjalankan CF atau PPK secara online. Butiran CF 101Tarikh: 9 April 2022 (Sabtu)Masa: 1.30PM-4.00PMPlatform: ZOOM Link pendaftaran: Maklumat Lanjut, Hubungi1. Aster (012-833 1550)2. Versel (017-835 2961)

Read more