Classic Blog Left Sidebar

Datanglah Yesus

Pembacaan Alkitab Dramatis 1 Tesalonika 5:1-28 Ayat Kunci 1 Tesalonika 5:8 – “Tetapi kita anak-anak siang, hendaklah sentiasa waras dan waspada. Jadikan iman dan kasih perisai dada kita, serta harapan diselamatkan sebagai ketopong pelindung kepala.” Ulasan Ratusan tahun yang lalu, pada suatu malam, seorang isteri menunggu kepulangan suaminya. Biasanya, si-suami tidak selewat ini. Dengan hati yang cemas dan bingung, si isteri menunggu dengan setia. Rasa mengantuk dia tahan demi menunggu kepulangan suaminya. Si-isteri tidak mahu menunggu di dalam bilik tidur, jadi, dia menunggu di pintu

Read more
April 24, 2020 Markus, Renungan 0 Comments

Yesus Guru Ajaib

Pembacaan Alkitab Dramatis Markus 6:1-56 Ayat kunci Markus 6:13 Mereka menghalau banyak roh iblis, dan menyapukan minyak pada ramai orang sakit serta menyembuhkan mereka. Ulasan Siapakah guru yang anda paling suka semasa di bangku sekolah? Apakah ciri-cirinya yang menyebabkan anda begitu meminatinya? Yesus juga seorang guru, malahan ramai orang memanggil-Nya ‘Rabbi’ yang bermaksud ‘Guru’. Akan tetapi Yesus berbeza dengan guru-guru agama yang sezaman dengan-Nya. Tiga soalan yang ditanya oleh pendengar-pendengarnya menonjolkan kelebihan Yesus ini. “Dari manakah Dia memperoleh semua ini?” ialah soalan pertama yang ditanya

Read more
April 24, 2020 Markus, Renungan 0 Comments

Bebas

Pembacaan Alkitab Dramatis Markus 5:1-43 Ayat kunci Markus 5:19 Tetapi Yesus tidak membenarkan, sebaliknya berkata, “Pulanglah kepada keluargamu, kepada orang sekampungmu, beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan bagimu dan bagaimana Dia telah berbelas kasihan pada kamu.” Ulasan Roh jahat. Penyakit. Kematian. Ini ialah tiga realiti hidup yang menakutkan ramai orang. Pelbagai cara dicari dan diamalkan oleh manusia di seluruh dunia supaya mereka bebas daripada tiga hal ini tetapi nyata mereka gagal. Mereka yang nampaknya berjaya sebenarnya dibebankan dengan masalah baru dan pengakhiran hidup mereka tidaklah

Read more
April 21, 2020 Markus, Renungan 0 Comments

Tanah Subur

Pembacaan Alkitab Dramatis Markus 4:1-41 Ayat kunci Markus 4:20 -Dan yang lain seperti benih yang ditabur di tanah subur mendengar dan menerima firman itu lalu menghasilkan tiga puluh, enam puluh bahkan seratus kali ganda. Ulasan Pengumuman dibuat di atas kapal misi MV Doulos, “Kita sedang menuju ke taufan tahap 5. Semua anak kapal tidak dibenarkan keluar ke geladak kerana ombak mungkin menyapu anda ke dalam laut yang bergelora. Semua anak kapal digalakkan untuk berdoa dan bersedia.” Namun begitu, perasaan ingin tahu saya menyebabkan saya buka

Read more