Classic Blog

March 2, 2022 Galatia, Renungan 0 Comments

Tabii Manusia Atau Roh

Pembacaan Alkitab Dramatis Galatia 5:16-26 Ayat kunci Galatia 5:17 Kerana keinginan tabii manusia menentang Roh, dan Roh menentang keinginan tabii manusia. Kedua-duanya berlawanan, supaya kamu tidak melakukan apa yang hendak kamu lakukan. Ulasan Sejak saya menjadi seorang Kristian, saya telah diajar untuk menjadi seorang yang baik menurut apa yang diajar dalam Alkitab. Jadi, saya telah berusaha untuk menjadi seorang yang salih tetapi semakin banyak saya berusaha semakin gelisah hati saya. Saya rasa saya tidak dapat berubah dan mencapai standard yang diperlukan. Jadi, saya menambahkan lagi

Read more
Kebebasan hidup yang sesungguhnya
February 24, 2022 Galatia, Renungan 0 Comments

Kebebasan Hidup Yang Sesungguhnya

Pembacaan Alkitab Dramatis Galatia 5:1-15 Ayat kunci Galatia Ulasan Seorang pemudi bertengkar dengan ibubapanya kerana dia ingin keluar dengan kawan-kawannya untuk berparti. Tetapi ibubapanya tidak suka kumpulan pemuda-pemudi yang terkenal dengan parti yang tidak bermoral dan suka menggunakan dadah. Jadi, mereka melarang dengan tegas anak mereka daripada mengikuti kawan-kawan itu menghadiri parti pada hujung minggu itu. “Saya benci kamu dua,” pemudi itu meneriak, “Kamu mengongkong kebebasan saya. Saya sudah cukup umur! Saya bebas membuat keputusan sendiri!” Pada hujung minggu, dia dengan senyap keluar rumah dan

Read more
February 4, 2022 Galatia, Renungan 0 Comments

Siapakah kita di mata Tuhan?

Pembacaan Alkitab Dramatis Galatia 4:1-31 Ayat kunci Galatia 4:6-7 Dan kerana kamu anak-anak-Nya, Allah telah menghantar Roh Anak-Nya ke dalam hatimu, Roh yang berseru, “Abba, Bapa.” Dengan demikian kamu bukan lagi hamba tetapi anak; dan sebagai anak, Allah telah menjadikan kamu waris-Nya. Ulasan Seorang budak kecil telah berjalan menuju ke pintu yang dikawal dengan ketat oleh askar-askar polis. Tanpa menghiraukan mereka, dia terus melalui pintu gerbang itu dan apa yang lebih menakjubkan ialah tiada polis yang menghalangnya. Kemudian dia terus masuk ke dalam rumah besar

Read more
February 2, 2022 Galatia, Renungan 0 Comments

GPS Roh Kudus

Pembacaan Alkitab Dramatis Galatia 3:1-26 Ayat kunci Galatia 3:3 Di manakah akalmu? Setelah bermula dengan Roh, sekarang kamu hendak menyempurnakan diri dengan kekuatan jasmani? Ulasan Satu sistem rekaan abad ini yang amat berguna ialah alat GPS yang telah diguna pakai sebagai suatu APP di dalam telefon pintar.Dengan APP seperti Google Maps atau Waze ini, kita boleh dibimbing ke tempat yang kita tidak tahu lokasinya oleh suatu suara yang kita tidak kenali! Secara iman kita belok ke kiri atau ke kanan mengikut arahan yang diberikan. Akhirnya

Read more